Contohi NGO yang berusaha memelihara air terjun negara:Waterfall Survivor

Waterfall Survivor adalah sebuah kumpulan sosial yang dikembangkan melalui laman web komuniti Facebook. Dengan tujuan utama menjadi kelab aktiviti kembara penjelajahan air terjun utama negara, Waterfall Survivor aktif meneroka kekayaan air terjun seluruh negara sambil bergotong royong membersihkannya. Selepas kejayaan besar membersihkan Air Terjun Kanching di Taman Rimba Templer, Rawang, pada beberapa lalu, Waterfall Survivor semakin ligat. Mereka bakal mengubah ekspedisi mingguan ke air terjun mereka menjadi kempen Selamatkan Air Terjun Kita atau Save Our Waterfalls (SOW).

Layari laman web Program Alam sekitar Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) diwww.unep.org/wed/2009/ untuk maklumat lanjut mengenai program ini.Sambil bergotong royong, peserta juga akan berkelah dan sudah tentu boleh menikmati keseronokan bermandi manda di air terjun. Makan tengahari dan minum petang turut disediakan kepada peserta. Waterfall Survivor berharap dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 50 peserta setiap minggu samaada ahli kumpulan atau orang awam.

Perintis kelab tersebut, Joe Yap berkata ia ditubuhkan pada 12 Julai 2008 dan mendapat lapan orang ahli keesokkan harinya. Jumlah itu terus meningkat pesat dalam tempoh kurang setahun malah mempunyai seramai 2,150 ahli selepas hanya 10 bulan.
Kelab itu, katanya, sering menganjurkan trip jelajah ke air terjun samaada balik hari atau berkhemah beberapa hari. Lokasi air terjun yang pernah diterokai termasuk Buaya Sangkut, Upeh Guling dan Tasik Biru di Taman Negara Endau Rompin, Air Terjun Chiling, Chemeroh, Lata Berembum dan sebagainya. Malah dalam tempoh kurang setahun, kumpulan ini telah menjelajah ke hampir semua air terjun yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Apapun, Waterfall Survivors tidak berkompromi dengan keselamatan ahli dalam setiap ekspedisi dan setiap trip dilakukan secara profesional. Ini termasuk penggunaan unit Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan set walkie-talkie untuk melancarkan komunikasi.

Jom sertai mereka: http://www.facebook.com/group.php?gid=17696439707

AIR YANG DICEMARI MANUSIA

Air merupakan sumber kehidupan di bumi ini. Komposisi Bumi yang sebagian besar terdiri dari air sangatlah seimbang dengan jumlah manusia yang terus bertambah tiap tahunnya. Air di bumi terdiri dari 97% air laut dan 3 % air tawar. Dari 3% air tawar ini , 75% terdapat dikutub , berupa salji 24%, berupa air tanah 0,3% terdapat di danau-danau, 0,065% sebagai butir air atau lengas tanah, 0,035% diatmosfer (awan, kabut,embun) dan 0,03 berupa air hujan. Air merupakan zat yang mutlak diperlukan oleh mahluk hidup . Tubuh manusia kira-kira 65% terdiri dari air. Manusia memerlukan air untuk keperluan hidupnya serta kegiatan lainnya seperti : pertanian, perikanan, industri dan lain-lain. 
Akibat kejadian alam yang seperti ini, telah membuat manusia buta akan air, manusia kurang menjimatkan penggunaan air, dan tidak sengaja telah melakukan pencemaran air di seluruh dunia. Semakin banyaknya jumlah manusia di bumi ini semakin tinggi angka pencemaran air di Bumi semakin tinggi. Pencemaran air yang terjadi di seluruh dunia akan membahayakan makhluk hidup lain seperti haiwan dan tumbuhan yang juga memerlukan air. Setiap hari aktiviti manusia yang menggunakan air, pasti akan selalu mengakibatkan pencemaran air. Mulai dari aktiviti seharian seperti mandi, mencuci, kemudian aktiviti perindustrian yang menghasilkan sisa buangan yang dapat menyebabkan pencemaran air hingga terjadinya banyak kemalangan akibat kesalahan manusia yang terjadi di laut.
Ini ditambah lagi dengan limpahan sisa dari kilang pada setiap hari melalui aktiviti perindustrian. Sebenarnya setiap tumpahan minyak pasti sudah diketahui tentang impak yang dihasilkan pada manusia dan persekitarannya, para pemimpin juga telah mewajibkan setiap limpahan sisa buangan kilang ditapis terlebih dahulu sebelum langsung dibuang ke laut. Namun masih saja ramai yang tidak ambil peduli, kononnya kos yang mahal. Akibatnya, banyak air sungai di dunia, khususnya di Malaysia selalu tercemar. Ribuan ikan mati. Banyak penduduk sekitar sungai yang diserang berbagai-bagai penyakit akibat limpahan minyak dan bahan sisa buangan. Padahal masyarakat masih ramai yang menggunakan air sungai untuk aktiviti seharian seperti mandi, mencuci dan memasak.
Di laut kita akan menjumpai kapal-kapal tankgki besar yang setiap harinya membawa minyak yang menjadi komoditi perdagangan antarabangsa, dan hampir setiap tahun juga pasti terjadi kemalangan yang menyebabkan jutaan tan minyak yang diangkut oleh kapal-kapal ini tumpah ke laut.

Air untuk manusia dan haiwan lain




Memang tidak dapat dinafikan betapa pentingnya sungai kepada seluruh hidupan di muka bumi ini. Walaupun manusia sedar kepentingan sungai sebagai sumber protein kepada manusia dan hidupan lain.

Kalau kita kaji sejarah, tamadun manusia berkembang pesat di kawasan di muara-muara sungai seperti tamadun Babylon, Ur, Urik dan lain-lain tamadun. Ini menunjukan dengan wujudkan punca air seperti sungai, ia sangat membantu dalam mewujudkan permodenan yang hebat.

Walaubagaimanapun, kesedaran itu sedikit demi sedikit terhakis pabila wujudnya sumber air dari paip yang disalirkan terus ke rumah. Tidak perlu lagi ke sungai untuk mendapatkan air. Maka bermulalah era pencemaran air sungai yang semakin hari semakin berleluasa dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Walaupun banyak kempen telah dijalankan, kompoun dan denda dikenakan serta usaha membersihkan sungai dilakukan tetapi ia masih gagal mengawal pencemaran sungai yang dilakukan oleh manusia sendiri.

Sedarkah kita implikasi dari pencemaran sungai ini sangat banyak yang mana ia membawa bencana kepada diri kita sendiri. Sebagai contoh, banjir kerana saliran air sungai tersumbat, bau busuk kesan dari pembuangan sampah sarap serta penyakit berbahaya berpunca dari dari air sungai yang tercemar kini telahpun menimpa ke atas kita. Adakah kita mahu diberikan lagi bencana hasil dari kelalaian serta sikap ambil lewa kita? 

Sememangnya kita tidak dapat untuk meneruskan hidup jika tiada sumber air. Pelbagai usaha 
telah dilakukan untuk menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya air bersih. 
Bagi memelihara kebersihan air, semua pihak harus peka untuk bersama-sama 
berganding bahu untuk memelihara sungai dari dicemari.



Sampai bila rakyat kita di Malaysia menyedari hakikat menghargai alam sekitar terutamnya sumber air ? Dan apa akan jadi sekiranya sumber air bersih semakin berkurangan 
menjelang 2020 ?

Ayuh kita saling mengingati:

Firman Allah yang bermaksud: "Demi Masa..Sesungguhnya manusia di dalam kerugian..Kecuali bagi orang yang Beriman dan Beramal Soleh..Yang berpesan-pesan pada kebenaran..Dan berpesan-pesan dengan kesabaran.."(Surah Al-Asr 1-3)

SAJAK

SUNGAIKU, HIDUPKU
Dari hulu orang bersampan,
Sambil bersampan memancing ikan,
Kalau dahulu sungailah rakan,
Mengapa kini kita abaikan.
Ikat perahu di tepi tebing,
Singgah mandi di air jeram,
Kalau dahulu berwajah bening,
Kini riaknya menjadi suram.
Nelayan menjala di tengah hari,
Rezekinya murah sebakul penuh,
Janganlah sungai kita cemari,
Kelak menjadi racun pembunuh.
Air pasang di waktu malam,
Anak desa mencari lokan,
Cintai alam jadikan amalan,
CINTAILAH SUNGAI


Mesej buat anda semua^^

 

Terima kasih ya Allah atas nikmat yang diberikan pada kami
thank you God for His blessings on us.. T_T)

SAYANGI AIR, SAYANGI NEGARA KITA

Oleh: Ahmad Ridzuan, (PENGAMAL PERUBATAN ISLAM & COMPLIMENTARY AURA BIO-ENERGI. PERUNDING KESIHATAN AURA BIO-ENERGI)
Air sebenarnya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromegnetik dalam bentuk frekunsi getaran gelombang tenaga cahaya kedalam sistem tubuh melalui niat.
Air adalah unsur hidup, kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara sintifik. Air adalah makhluk Allah yang sebenarnya bertasbih memuji kebesaran dan keagungan Allah.
Hakikat niat (doa-doa dan harapan yang ditujukan kepada Allah) yang dilakukan adalah merupakan isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh.
Arahan-arahan tertentu tidak kira dari hati (niat) atau tutur kata akan mengubah molikul-molikul air menjadi baik, cantik dan lembut atau menjadi tajam, kasar dan merosakkan bergantung kepada jenis niat atau tutur kata yang dilontarkan kepada air yang dimaksudkan. Jika niat dan tutur kata yang dilontarkan kepada air tersebut merupakan sesuatu yang baik dan positif (doa-doa dan bacaan ayat suci al-Quran), maka molikul-molikul air tersebut akan menjadi positif (lembut, cantik dan indah). Kata-kata dan niat yang baik yang ditujukan kepada air juga, akan dirakam gelombang positif itu dan apabila diminum atau dibuat mandi, maka gelombang tenaga positif yang ditujukan kepada air itu tadi akan meresap kedalam sistem antena tubuh iaitu bulu roma  dan rambut serta menyahkan segala getaran tenaga negatif yang menjadi punca penyakit fizikal dan kejiwaan.
Begitu juga jika kita melekatkan kalimah-kalimah mulia atau tulisan yang bermaksud baik, maka, molikul air akan bertukar menjadi cantik dan berkualiti dalam merawat masalah dan bertindak mengikut apa yang di maksudkan. Begitu juga sebaliknya.
Kajian pernah dilakukan terhadap Air, apabila dilekatkan nama Fir’aun pada gelas air tersebut, dengan kehendak Allah dan sunnatullah, molikul air tersebut bertukar menjadi kasar, tajam dan tidak cantik, kerana nama tersebut membawa mesej yang negatif.
Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w sering membaca doa-doa tertentu untuk setiap pekerjaannya antaranya dalam soal makan dan minum. Dengan doa – doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita sebelum makan, kita dapat mengelakkan diri dari keracunan, sihir dan sebagainya insya Allah. Sudah pastinya hendaklah kita berdoa dengan penuh penyerahan diri kepada Allah, barulah mustajab dan terhindar dari sesuatu yang kita tidak ingini.
RAHSIA KEHEBATAN AIR.
Perawatan menggunakan air adalah sunnah Nabi s.a.w. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dalam tubuh. mengekalkan wudhuk dapat memelihara semua panca indera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan dan merosakkan sistem bio-energi tubuh. Air wudhuk memegang rahsia penyuciandiri dan iman, keimanan inilah yang menjadikan seeseorang itu bersikap dengan sikap ikhlas, sabar, redha syukur dan tenang. Kuman atau tenaga negatif yang menjadi punca penyakit juga akan dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhuk dan mandi.
AIR PEMBERSIH ALIRAN TENAGA YANG KOTOR
Di zaman serba moden ini, terlalu banyak berlaku pencemaran yang bukan sahaja pencemaran dari asap, bau dan sebagainya, tetapi pencemara yang datangnya dari peralatan elektrik  seperti ketuhar gelombang mikro, komputer, talifon bimbit, radio dan sebagainya yang merupakan keperluan dalam kehidupan kita. Pencemaran gelombang eletrik ini boleh menyebabkan kerosakan dalam sistem bio-energi tubuh, yang akan menyerang lapisan perisai tubuh (aura) yang akan menyebabkan berlakuknya pelbagai kerosakan pada sel-sel tubuh dalam jangka waktu yang panjang.
Kaedah untuk mengatasi pencemaran dari peralatan eletrik ini adalah dengan cara mengambil wudhuk atau mandi. Ini kerana apabila berwudhuk atau mandi, segala gelombang tenaga negatif dari peralatan eletrik itu tadi dapat dialirkan mengikut aliran air. Adalah lebih baik lagi jika air mandian kita itu dicampurkan dengan garam asli, bagi menaturalkan gelombang tenaga yang merosakkan sistem bio-energi tubuh.
Antara lain ialah dengan menggunakan kaedah mandi ais. Ini kerana ais adalah unsur yang memerangkap gelombang tenaga warna yang terdapat dalam cahaya, yang mana  getaran gelombang tenaga warna yang terdapt dalam ais itu menyamai getaran gelombang cahaya warna pada aura dan chakra kita. Dengan mandi ais, aura dan chakra kita yang berperanan menjaga fungsi, dan memberikan energi  kepada organ serta kelenjar tubuh kita itu, dapat dienergikan semula, selepas terjejas dan rosak kerana diserang getaran gelombang peralatan eletrik yan kita gunakan tadi.
AIR AGEN PENGALIR TENAGA YANG HEBAT.
Air adalah sebagai agen pengaliran tenaga yang hebat. Apabila bacaan ayat-ayat suci al-Quran dibacakan maka, udara yang berada disekeliling kita turut bergetar denga getaran gelombang bacaan ayat-ayat suci itu tadi.
Getaran yang terhasil dari bacaan ayat suci al-Quran itu adalah getaran yang bercas positif. Sebutan huruf-huruf dan dengungan yang cukup harakatnya, adalah berperanan menggetarkan semula aura dan chakra kita agar dapat berfungsi dengan berkesan.  Oleh kerana itulah, rawatan Islam mengguakan bacaan ayat suci al-Quran sebagai medium rawatannya. Apabila ayat-ayat tadi dibacakan kepada air, maka gelombang yang terhasil itu akan mengenergikan air itu denag getaran gelombang yang sangat positif yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit zahir dan batin Insya Allah.


KEAJAIBAN AIR DALAM AL-QURAN

Oleh:  DR. Ahmad Zain An-Najah, M.A.
Salah satu cara untuk menjaga kesehatan secara alami dan Islami sekaligus adalah memperbanyak minum air. Kenapa harus meminum air ?  karena ternyata kalau kita renungkan lebih seksama terhadap tubuh kita  dan ini merupakan perintah Allah - , ternyata kita dapatkan bahwa air merupakan komponen terbanyak dalam tubuh kita, bahkan ketika masih janin, kandungan air dalam tubuh hampir mendekati 100 persen, kemudian setelah lahir kandungan air dalam tubuh mulai berkurang menjadi 80 persen, kemudian ketika dewasa menjadi 70 persen, dan ketika sudah lanjut usia bisa menjadi 50 persen. Fenomena semacam ini sudah dijelaskan oleh Allah di dalam firman-Nya :
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاء بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا وَكَانَ رَبُّكَ قَدِيرًا
“ Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu dia jadikan manusia itu (punya) keturunan dan mushaharah dan adalah Tuhanmu Maha Kuasa.” ( Qs Al Furqan : 54 )
Yang lebih mengejutkan lagi, kalau kita perhatikan bumi yang kita tempati ini, ternyata komponen yang terbanyak adalah air, bukankah lautan luasnya 3 kali lipat dari daratan ? Sungguh Maha Benar Allah, jauh-jauh sebelumnya telah menyatakan hal ini di dalam salah satu firman-Nya :
وَجَعَلْنَا مِنَ الْمَاء كُلَّ شَيْءٍ حَيٍّ أَفَلَا يُؤْمِنُونَ
“ Dan Kami jadikan dari air segala sesuatu yang hidup, apakah mereka beriman  ? “ (Qs Al Anbiya ‘ : 30 )
Ayat di atas mengisyaratkan bahwa kalau kita ingin hidup yang lebih sempurna dan lebih sehat - menurut isyarat ayat di atas – hendaknya kita mengkomsumsi air dalam jumlah yang cukup, baik untuk diminum, atau untuk membersihkan diri dan lingkungan, maupun untuk bersuci.

Para ahli menjelaskan bahwa air merupakan komponen utama sel, jaringan, dan organ manusia. Penurunan total cairan tubuh bisa menyebabkan penurunan volume cairan, baik intrasel maupun ekstrasel, yang dapat berimbas pada kegagalan organ, bahkan kematian.
Selain itu, air diyakini dapat menyembuhkan berbagai penyakit seperti penyakit jantung, rematik, kerusakan kulit, penyakit saluran nafas, usus, penyakit kewanitaan, bahkan bisa mengobati penyakit stroke. Seseorang yang  mandi pada pagi hari dengan air, maka peredaran darahnya akan membaik sehingga tubuh terasa lebih bugar, produksi sel darah putih dalam tubuh akan meningkat, begitu juga produksi hormon testosteron pada pria serta hormon estrogen pada wanita ikut meningkat juga, serta memberikan kekebalan terhadap virus.
Fakta di lapangan menyebutkan bahwa seseorang dapat bertahan hidup selama 45-65 hari hanya dengan minum air (tanpa makan). Saya teringat pada kejadian parahara  gunung Lawu yang menelan korban puluhan santri salah satu pesantren di Jawa Tengah. Peristiwa itu terjadi sekitar tahun1989-an, pasalnya mereka tersesat dalam hutan dan tidak bisa kembali ke perkemahan lagi. Ajaibnya,  dua orang diantara mereka,  ternyata masih bisa mempertahankan hidup selama beberapa minggu lamanya tanpa makan, mereka berdua hanya mengandalkan air hujan yang  menggenang di tanah. Subhanallah…
Bahkan tidak sampai itu saja, Al Qur’an telah memilihkan untuk kita suatau cairan yang paling berkwalitas, yaitu air yang berfungsi untuk membersihkan segala sesuatu. Allah swt  berfirman :
وَأَنزَلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء طَهُورًا
“ Dan Kami turunkan dari langit air sebagai pembersih “ (Qs Al Furqan : 48 )
Di sisi lain, ternyata Allah swt di dalam berbagai ayat dalam Al Qur’an, menjelaskan bahwa bumi yang kering dan mati bisa dihidupkan lagi dengan turunnya hujan dari langit, sehingga bumi tersebut menjadi subur kembali dan menumbuhkan berbagai macam tanaman yang bisa dimakan oleh manusia dan binatang-binatang yang lain. Sungguh Maha Besar Allah Yang telah mengatur demikian rapinya kehidupan makhluq di muka bumi ini.
Bahkan secara gamblang, Allah menjelaskan fungsi air hujan yang diturunkan di muka bumi ini untuk berlangsungnya kehidupan kaum muslimin, bahkan dalam perang sekaligus. Allah berfirman :
إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِّنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُم مِّن السَّمَاء مَاء لِّيُطَهِّرَكُم بِهِ وَيُذْهِبَ عَنكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَى قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الأَقْدَامَ
“ (Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan mesmperteguh dengannya telapak kaki(mu “ ( Qs Al Anfal : 11 )  
Membaca ayat di atas, saya teringat dengan peristiwa perang Hittin, salah satu perang besar yang terekam dalam sejarah kehidupan manusia, yaitu perang antara pasukan kaum muslimin yang dipimpin oleh Sholahudin Al Ayubi dengan pasukan Salib. Pada waktu itu pasukan kaum muslimin jumlah personel dan perlengkapannya jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan pasukan salib, tetapi walaupun demikian, mereka mampu memukul telak pasukan salib dan mereka lari tunggang langgang ketakutan. Apa rahasianya ? Salah satu penyebab kemenangan kaum muslimin – tentunya dengan izin Allah swt – adalah adanya persediaan air yang cukup. Pasukan Salib kalah dan hancur karena tentaranya kehausan, karena persediaan air yang mereka miliki sangat sedikit.
Demikian, secara sekilas fungsi air yang disebutkan oleh Al Qur’an, mudah-mudahan dengan selalu mengkomsusi air, tubuh kita sehat selalu, ibadah kita lancar serta lingkungan kita menjadi bersih, yang selanjutnya akan membawa kebahagian kita di dunia dan akhirat.
Wallahu A’lam,

Sumber Air Mentah Krisis Masa Hadapan Negara?
Malaysia yang kaya dengan sumber air dapat memenuhi kehendak dan permintaan rakyat bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti kehidupan harian. Walaubagaimanpun, akibat daripada proses globalisasi yang membawa kepada kemajuan negara telah menyebabkan masalah pencemaran alam sekitar yang kian berleluasa, sehingga merosakkan sistem sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada rakyat. Meskipun sumber air tidak pupus, tetapi air yang dapat digunakan oleh manusia dengan selamat adalah semakin berkurangan.
Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang semakin ketara dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu cara penyelesaian secara efektif yang dapat menangani masalah ini.Baru-baru ini, isu bekalan air paip yang berbau busuk telah berlaku di sekitar tujuh daerah di Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Ia berpunca daripada pengaliran masuk air busuk hitam (leachate) yang mengandungi ammonia dan bahan berbahaya lain dari kawasan pelupusan sampah Bukit Tagar ke aluran anak sungai dan seterusnya memasuki sungai Selangor.Bekalan air paip yang berbau ini telah menyebabkan penduduk di daerah-daerah tersebut tidak berani menggunakannya. Masalah ini telah menyedarkan kita betapa seriusnya masalah pencemaran air dinegara kita maka kita tidak boleh memandang ringan terhadapnya lagi malah harus mengambil tindakan yang sewajarnya agar dapat mengelakkan masalah pencemaran air yang bertambah buruk.

Penerokaan Tanah
Pembangunan pesat negara dan proses urbanisasi telah membawa kepada perubahan pengunaan tanah bagi sesuatu kawasan bagi menampung keperluan kegiatan ekonomi, kemudahan-kemudahan sosial dan lain-lain infrastruktur yang berkaitan. Perubahan gunatanah ini telah mendedahkan sungai kepada pelbagai tekanan yang kadangkala tidak dapat ditanggung oleh sungai, yang secara langsung menyebabkan perubahan sistem sungai bukan sahaja dari segi kualiti tetapi juga kuantiti.
Seperti yang diketahui, sumber air mentah dinegara kita kebanyakannya diperolehi terus dari sungai utama dan empangan yang dibina untuk menyimpan air. Namun, kualiti air sungai di Malaysia adalah dalam keadaan yang semakin merosot akibat daripada pencemaran alam sekitar. Berdasarkan statistik, buat masa kini sebanyak 29 buah sungai di negara ini didapati mengalami pencemaran teruk manakala 11 buah lagi tercemar sederhana manakala 80 buah lagi masih dalam keadaan terkawal.
Antara negeri yang mengalami pencemaran sungai yang paling tinggi adalah Johor, Selangor dan Pulau Pinang. Munurut laporan kualiti alam sekitar yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar pada 2004 tahun, antara sungai-sungai yang tercemar teruk adalah termasuk Sungai Menggaris di Sabah, Sungai Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor.Pencemaran sistem sungai yang berlaku di negara kita kebanyakannya adalah berpunca dari kelodak, pembuangan dan pelepasan sisa kumbahan dari kilang-kilang dan penempatan setinggan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum. Dari sudut kajian hidrologi, pada amnya pencemaran air dapat diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu pencemaran fizikal yang merujuk kepada bahan tidak larut dalam air seperti sampah sarap daripada logam, kaca, kelodak dan kertas, Pencemaran biologi seperti najis binatang yang boleh menyebabkan kemunculan bakteria seperti Ezcherichia coli atau E Coli, cacing nematod dan mikrob lain manakala yang terakhirnya ialah Pencemaran kimia iaitu bahan kimia terlarut yang terhasil daripada Pencemaran fizikal dan biologi serta logam berat.

Kesan Pencemaran Sungai
Munurut kajian, kira-kira 70% masalah pencemaran sungai di Malaysia adalah disebabkan oleh pembuangan sampah dan kumbahan. Pembuangan sampah sarap, sisa buangan domestik dari kawasan perumahan, perkampungan, setinggan dan lain-lain petempatan telah menyebabkan kualiti air sungai terjejas.. Penggunaan air mentah yang tidak berkualiti boleh membawa mudarat kepada manusia. Contohnya, bacteria E-coli, cacingnetamod, dan mikrob yang terhasil akibat pembuangan najis binatang ke dalam sungai akan membawa penyakit berbahaya seperti hepatisis, taun, disentri, demam kepialu dan kusta. Pembuangan najis binatang yang tidak sistematik banyak berlaku dinegara kita terutamanya di negeri Sembilan dan Selangor. Ini telah menunjukkan bahawa masyarakat kita masih kekurangan kesedaran sivik dalam memahami pemuliharaan  dan pemulihan alam sekitar.
Susulan kepada jumlah permintaan air oleh pengguna yang kian meningkat berbanding dengan jumlah kualiti air mentah yang kian menurun, ketidakseimbangan ini lama-kelamaan akan menyebabkan kekurangan sumber air mentah yang sesuai dan selamat dapat dibekalkan kepada masyarakat, sebagai satu masalah besar yang akan dihadapi oleh negara.
Masalah kekurangan air kian berlaku di negara kita terutamanya di Negeri Sembilan yang sering mengalami catuan air. Oleh itu, pada pendapat saya, tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini tidak harus dipikul oleh satu pihak sahaja malah masyarakat Malaysia juga harus bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya dari segi sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya program pemulihan dan pengurusan sungai dapat dilakukan berterusan bagi menjamin kesempurnaan ke atas regim sungai dan persekitarannya.