Memang tidak dapat dinafikan betapa pentingnya sungai kepada seluruh hidupan di muka bumi ini. Walaupun manusia sedar kepentingan sungai sebagai sumber protein kepada manusia dan hidupan lain.
Kalau kita kaji sejarah, tamadun manusia berkembang pesat di kawasan di muara-muara sungai seperti tamadun Babylon, Ur, Urik dan lain-lain tamadun. Ini menunjukan dengan wujudkan punca air seperti sungai, ia sangat membantu dalam mewujudkan permodenan yang hebat.
Walaubagaimanapun, kesedaran itu sedikit demi sedikit terhakis pabila wujudnya sumber air dari paip yang disalirkan terus ke rumah. Tidak perlu lagi ke sungai untuk mendapatkan air. Maka bermulalah era pencemaran air sungai yang semakin hari semakin berleluasa dilakukan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.
Walaupun banyak kempen telah dijalankan, kompoun dan denda dikenakan serta usaha membersihkan sungai dilakukan tetapi ia masih gagal mengawal pencemaran sungai yang dilakukan oleh manusia sendiri.
Sedarkah kita implikasi dari pencemaran sungai ini sangat banyak yang mana ia membawa bencana kepada diri kita sendiri. Sebagai contoh, banjir kerana saliran air sungai tersumbat, bau busuk kesan dari pembuangan sampah sarap serta penyakit berbahaya berpunca dari dari air sungai yang tercemar kini telahpun menimpa ke atas kita. Adakah kita mahu diberikan lagi bencana hasil dari kelalaian serta sikap ambil lewa kita?
Sememangnya kita tidak dapat untuk meneruskan hidup jika tiada sumber air. Pelbagai usaha
telah dilakukan untuk menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya air bersih.
Bagi memelihara kebersihan air, semua pihak harus peka untuk bersama-sama
berganding bahu untuk memelihara sungai dari dicemari.
Sampai bila rakyat kita di Malaysia menyedari hakikat menghargai alam sekitar terutamnya sumber air ? Dan apa akan jadi sekiranya sumber air bersih semakin berkurangan
menjelang 2020 ?
telah dilakukan untuk menyedarkan masyarakat bahawa pentingnya air bersih.
Bagi memelihara kebersihan air, semua pihak harus peka untuk bersama-sama
berganding bahu untuk memelihara sungai dari dicemari.
Sampai bila rakyat kita di Malaysia menyedari hakikat menghargai alam sekitar terutamnya sumber air ? Dan apa akan jadi sekiranya sumber air bersih semakin berkurangan
menjelang 2020 ?
Ayuh kita saling mengingati:
Firman Allah yang bermaksud: "Demi Masa..Sesungguhnya manusia di dalam kerugian..Kecuali bagi orang yang Beriman dan Beramal Soleh..Yang berpesan-pesan pada kebenaran..Dan berpesan-pesan dengan kesabaran.."(Surah Al-Asr 1-3)
No comments:
Post a Comment