SAYANGI AIR, SAYANGI NEGARA KITA

Oleh: Ahmad Ridzuan, (PENGAMAL PERUBATAN ISLAM & COMPLIMENTARY AURA BIO-ENERGI. PERUNDING KESIHATAN AURA BIO-ENERGI)
Air sebenarnya mempunyai getaran gelombang yang bertindak mengikut niat kita. Ia dapat merakam mesej gelombang elektromegnetik dalam bentuk frekunsi getaran gelombang tenaga cahaya kedalam sistem tubuh melalui niat.
Air adalah unsur hidup, kerana ia boleh diarah mengikut niat atau mengikut ukuran gelombang yang dirakam secara sintifik. Air adalah makhluk Allah yang sebenarnya bertasbih memuji kebesaran dan keagungan Allah.
Hakikat niat (doa-doa dan harapan yang ditujukan kepada Allah) yang dilakukan adalah merupakan isyarat gelombang yang paling laju dan boleh mencapai ke dasar tubuh.
Arahan-arahan tertentu tidak kira dari hati (niat) atau tutur kata akan mengubah molikul-molikul air menjadi baik, cantik dan lembut atau menjadi tajam, kasar dan merosakkan bergantung kepada jenis niat atau tutur kata yang dilontarkan kepada air yang dimaksudkan. Jika niat dan tutur kata yang dilontarkan kepada air tersebut merupakan sesuatu yang baik dan positif (doa-doa dan bacaan ayat suci al-Quran), maka molikul-molikul air tersebut akan menjadi positif (lembut, cantik dan indah). Kata-kata dan niat yang baik yang ditujukan kepada air juga, akan dirakam gelombang positif itu dan apabila diminum atau dibuat mandi, maka gelombang tenaga positif yang ditujukan kepada air itu tadi akan meresap kedalam sistem antena tubuh iaitu bulu roma  dan rambut serta menyahkan segala getaran tenaga negatif yang menjadi punca penyakit fizikal dan kejiwaan.
Begitu juga jika kita melekatkan kalimah-kalimah mulia atau tulisan yang bermaksud baik, maka, molikul air akan bertukar menjadi cantik dan berkualiti dalam merawat masalah dan bertindak mengikut apa yang di maksudkan. Begitu juga sebaliknya.
Kajian pernah dilakukan terhadap Air, apabila dilekatkan nama Fir’aun pada gelas air tersebut, dengan kehendak Allah dan sunnatullah, molikul air tersebut bertukar menjadi kasar, tajam dan tidak cantik, kerana nama tersebut membawa mesej yang negatif.
Oleh kerana itulah Rasulullah s.a.w sering membaca doa-doa tertentu untuk setiap pekerjaannya antaranya dalam soal makan dan minum. Dengan doa – doa yang diajarkan oleh Rasulullah kepada kita sebelum makan, kita dapat mengelakkan diri dari keracunan, sihir dan sebagainya insya Allah. Sudah pastinya hendaklah kita berdoa dengan penuh penyerahan diri kepada Allah, barulah mustajab dan terhindar dari sesuatu yang kita tidak ingini.
RAHSIA KEHEBATAN AIR.
Perawatan menggunakan air adalah sunnah Nabi s.a.w. Mengambil air sembahyang atau kerap mandi adalah rahsia insan yang sebenarnya dapat mengimbangi haba dalam tubuh. mengekalkan wudhuk dapat memelihara semua panca indera kita daripada gelombang jarak jauh yang melalaikan dan merosakkan sistem bio-energi tubuh. Air wudhuk memegang rahsia penyuciandiri dan iman, keimanan inilah yang menjadikan seeseorang itu bersikap dengan sikap ikhlas, sabar, redha syukur dan tenang. Kuman atau tenaga negatif yang menjadi punca penyakit juga akan dapat ditundukkan apabila kita cukup minum air, berwudhuk dan mandi.
AIR PEMBERSIH ALIRAN TENAGA YANG KOTOR
Di zaman serba moden ini, terlalu banyak berlaku pencemaran yang bukan sahaja pencemaran dari asap, bau dan sebagainya, tetapi pencemara yang datangnya dari peralatan elektrik  seperti ketuhar gelombang mikro, komputer, talifon bimbit, radio dan sebagainya yang merupakan keperluan dalam kehidupan kita. Pencemaran gelombang eletrik ini boleh menyebabkan kerosakan dalam sistem bio-energi tubuh, yang akan menyerang lapisan perisai tubuh (aura) yang akan menyebabkan berlakuknya pelbagai kerosakan pada sel-sel tubuh dalam jangka waktu yang panjang.
Kaedah untuk mengatasi pencemaran dari peralatan eletrik ini adalah dengan cara mengambil wudhuk atau mandi. Ini kerana apabila berwudhuk atau mandi, segala gelombang tenaga negatif dari peralatan eletrik itu tadi dapat dialirkan mengikut aliran air. Adalah lebih baik lagi jika air mandian kita itu dicampurkan dengan garam asli, bagi menaturalkan gelombang tenaga yang merosakkan sistem bio-energi tubuh.
Antara lain ialah dengan menggunakan kaedah mandi ais. Ini kerana ais adalah unsur yang memerangkap gelombang tenaga warna yang terdapat dalam cahaya, yang mana  getaran gelombang tenaga warna yang terdapt dalam ais itu menyamai getaran gelombang cahaya warna pada aura dan chakra kita. Dengan mandi ais, aura dan chakra kita yang berperanan menjaga fungsi, dan memberikan energi  kepada organ serta kelenjar tubuh kita itu, dapat dienergikan semula, selepas terjejas dan rosak kerana diserang getaran gelombang peralatan eletrik yan kita gunakan tadi.
AIR AGEN PENGALIR TENAGA YANG HEBAT.
Air adalah sebagai agen pengaliran tenaga yang hebat. Apabila bacaan ayat-ayat suci al-Quran dibacakan maka, udara yang berada disekeliling kita turut bergetar denga getaran gelombang bacaan ayat-ayat suci itu tadi.
Getaran yang terhasil dari bacaan ayat suci al-Quran itu adalah getaran yang bercas positif. Sebutan huruf-huruf dan dengungan yang cukup harakatnya, adalah berperanan menggetarkan semula aura dan chakra kita agar dapat berfungsi dengan berkesan.  Oleh kerana itulah, rawatan Islam mengguakan bacaan ayat suci al-Quran sebagai medium rawatannya. Apabila ayat-ayat tadi dibacakan kepada air, maka gelombang yang terhasil itu akan mengenergikan air itu denag getaran gelombang yang sangat positif yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit zahir dan batin Insya Allah.


No comments:

Post a Comment