Contohi NGO yang berusaha memelihara air terjun negara:Waterfall Survivor

Waterfall Survivor adalah sebuah kumpulan sosial yang dikembangkan melalui laman web komuniti Facebook. Dengan tujuan utama menjadi kelab aktiviti kembara penjelajahan air terjun utama negara, Waterfall Survivor aktif meneroka kekayaan air terjun seluruh negara sambil bergotong royong membersihkannya. Selepas kejayaan besar membersihkan Air Terjun Kanching di Taman Rimba Templer, Rawang, pada beberapa lalu, Waterfall Survivor semakin ligat. Mereka bakal mengubah ekspedisi mingguan ke air terjun mereka menjadi kempen Selamatkan Air Terjun Kita atau Save Our Waterfalls (SOW).

Layari laman web Program Alam sekitar Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) diwww.unep.org/wed/2009/ untuk maklumat lanjut mengenai program ini.Sambil bergotong royong, peserta juga akan berkelah dan sudah tentu boleh menikmati keseronokan bermandi manda di air terjun. Makan tengahari dan minum petang turut disediakan kepada peserta. Waterfall Survivor berharap dapat mengumpulkan sekurang-kurangnya 50 peserta setiap minggu samaada ahli kumpulan atau orang awam.

Perintis kelab tersebut, Joe Yap berkata ia ditubuhkan pada 12 Julai 2008 dan mendapat lapan orang ahli keesokkan harinya. Jumlah itu terus meningkat pesat dalam tempoh kurang setahun malah mempunyai seramai 2,150 ahli selepas hanya 10 bulan.
Kelab itu, katanya, sering menganjurkan trip jelajah ke air terjun samaada balik hari atau berkhemah beberapa hari. Lokasi air terjun yang pernah diterokai termasuk Buaya Sangkut, Upeh Guling dan Tasik Biru di Taman Negara Endau Rompin, Air Terjun Chiling, Chemeroh, Lata Berembum dan sebagainya. Malah dalam tempoh kurang setahun, kumpulan ini telah menjelajah ke hampir semua air terjun yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Apapun, Waterfall Survivors tidak berkompromi dengan keselamatan ahli dalam setiap ekspedisi dan setiap trip dilakukan secara profesional. Ini termasuk penggunaan unit Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan set walkie-talkie untuk melancarkan komunikasi.

Jom sertai mereka: http://www.facebook.com/group.php?gid=17696439707

No comments:

Post a Comment